Saturday, March 7, 2009

"Wajah" PPIK di Masjid Tuan Hussain







PPIK Taman Titi Emas Gajah mendapat penerimaan dan sambutan yang memuaskan setakat ini. Kerjasama dari Ahli Jawatankuasa PPIK dan Kelab PPIK amat dihargai dalam membantu mempromosikan PPIK kepada komuniti.


Saya menggunakan pelbagai pendekatan untuk menarik perhatian komuniti untuk bertandang di PPIK yang terletak di masjid ini walaupun pendekatan yang saya gunakan mungkin agak berlainan, namun untuk mencapai objektif dan visi PPIK ia agak berbaloi.


Jika lebih banyak kemudahan yang disediakan seperti speaker atau 'headphone' serta penambahan beberapa buah komputer di PPIK, saya pasti lebih ramai lagi penduduk yang datang untuk menggunakan kemudahan tersebut.


Saya berharap agar keadaan meriah di PPIK ini berterusan sehingga tamat kontrak perkhidmatan saya sebagai Site-Supervisor..Insyaallah...