Makam Tuan Husein Kedah Al-Banjari di Masjid Titi Gajah
Kawasan ini pada satu ketika menjadi tempat gajah lalu lalang. Disebabkan gajah kerap melalui kawasan tersebut, maka ia menjadi terhakis dan telah meninggalkan kesan yang dipanggil gelong. Dalam masa yang sama, pembesar turut memerintahkan pemilik gajah supaya membawa keluar gajah masing-masing dan beratur ke dalam air. Gajah milik penduduk kampung tadi bertindak sebagai laluan kepada raja pada ketika itu. Lalu kawasan itu dipanggil Titi Gajah di mana gajah dijadikan titi.

Selain itu, Titi Gajah juga turut dikaitkan dengan sejarah seorang ulama iaitu Tuan Husein Kedah Al-Banjari yang berasal dari Banjir, satu kawasan yang terletak di Indonesia. Beliau telah membuka sekolah pondok untuk kemudahan anak-anak kampung mempelajari ilmu agama, dan juga meninggalkan kawasan tanah untuk didirikan kawasan sekolah berhampiran Padang Lumat, Kedah. Sepanjang hayat beliau telah berjaya menghasilkan hampir 20 buah kitab iaitu sekitar tahun 1888.

Beliau meninggal dunia di sini dan dikebumikan di Masjid Titi Gajah yang juga diberi nama Masjid Tuan Husein Titi Gajah sempena nama beliau. Makan beliau masih lagi terpelihara sehingga kini oleh penduduk kampung.