Program PPIK diadakan di sekolah bermula apabila PPIK Kg.Naga berjaya mendapatkan persetujuan dari guru kaunseling SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (TATAR) untuk mengadakan program kursus komputer secara percuma kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga. Disebabkan ia adalah program yang pertama, kami telah mendapat idea untuk membentuk satu kerjasama dari semua PPIK yang berdekatan iaitu:
~PPIK Kg.Naga
~PPIK Wang Tepus
~PPIK Taman Emas Titi Gajah
~PPIK Paya Pahlawan
~PPIK Bendang Perang
Kerjasama ini adalah untuk mengukuhkan lagi proses pembelajaran dan dapat meningkatkan lagi prestasi Penyelia PPIK di dalam kemahiran berkomunikasi dan cara penyampaian yang lebih baik kepada peserta. Setelah berbincang dengan State Controller Neger Kedah/Perlis iaitu Encik Anwar mengenai perancangan kami ini, beliau telah bersetuju dan memberi sokongan sepenuhnya kepada kami.
Selain dari itu, kami juga telah menjemput khas seorang fasilitator yang juga merupakan seorang usahawan IT untuk memberikan sumbangan dari segi ilmu mengenai IT. Kami amat berterima kasih kepada beliau kerana banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami dan sedikit sebanyak kami dapat menambahkan pengetahuan kami mengenai komputer.
Pada 14 Oktober 2008 hingga 16 Oktober 2008 merupakan hari-hari yang mencabar bagi kami untuk memberikan yang terbaik kepada para peserta yang merupakan pelajar SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan mendapat sokongan sepenuhnya dari guru-guru di sekolah tersebut.
Kami memulakan program seperti majlis-majlis yang diadakan iaitu bacaan doa, sesi suai kenal dan membuat selingan untuk memeriahkan program tersebut. Konsep mentor-tutor diterapkan sepanjang program tersebut diadakan kerana kami dapati konsep tersebut dapat mewujudkan hubungan yang erat antara peserta dan tenaga pengajar selain dapat meningkatkan tahap pemahaman mereka terhadap apa yang disampaikan oleh kami semua.
Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar malah hubungan kami dengan peserta adalah seperti kakak dan adik di mana mereka tidak malu untuk bertanya dan mengambil bahagian pada setiap aktiviti yang dilakukan. Layanan istimewa yang diberikan oleh warga sekolah TATAR sangat dihargai dan kami berharap agar kami dapat mengadakan program seperti ini pada masa yang akan datang.
Friday, November 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment